Kelainan Dirian tangan (gimnastik)

Kelainan-kelainan popular untuk dirian tangan termasuk posisi dengan:

  • kedua-dua kaki dilunjurkan dalam split tepi atau depan;
  • kaki-kaki yang dibengkokkan dalam split depan ("split lelaki"), dengan belakang badan yang amat dilengkungkan;
  • kaki-kaki yang dibengkokkan sedikit dengan jari kaki menyentuhi belakang kepala; dan
  • dirian sebelah tangan.

Penari-penari dalam komuniti breakdance menggunakan banyak kelainan dirian tangan seperti freeze dan tendangan sebelah tangan.

Tekan tubi dirian tangan yang menaikkan dan menurunkan badan semasa membuat dirian tangan merupakan ujian untuk kekuatan bahagian tubuh atas. Perenang-perenang kekadang membuat dirian tangan di dalam air melalui berguling-guling ke depan, meletakkan tangan pada lantai kolam, lalu melunjurkan kaki ke atas permukaan air. Dirian tangan dalam air boleh dijadikan permainan atau pertandingan antara perenang-perenang untuk menentukan siapa yang dapat mengekalkan dirian tangan yang paling lama.

Semasa membelajari dirian tangan, amalan yang paling biasa ialah untuk mengekalkan postur dengan bantuan dinding atau permukaan yang lain sebagai topang untuk imbangan.